ke mana hilang ?

13 09 2015

hmm..panjang nak cerita.

visit dulu this site, saya story later.

http://www.kakipersegi.com





3 Tahun Tak Menulis Blog

13 09 2015

Tu diaaa….ini adalah post saya setelah berhenti menulis 3 tahun dulu!!

fuh.lamanya..rasa mcm baru balik dari angkasa lepas..hehe





Pengenalan Asas Negara dan Kerajaan

20 06 2012

Salam Baiah,

Apakah perkara pertama yang berlegar diminda anda apabila tiga elemen ini dibaca ? 

Secara asasnya, pelbagai tafsiran dan fikiran terhadap hal ini di atas paksi idea masing-masing. Semestinya, kerana setiap manusia di atas planet ini bernegara, berbangsa, dan mempunyai kerajaan masing-masing. 7 bilion populasi penduduk dunia (sehingga 2011) dengan ratusan wilayah, berbilang-bilang bangsa dan pelbagai bentuk struktur kerajaan yang tersendiri.

Negara
Negara merupakan dasar elemen terpenting dalam memahami konsep hubungan antarabangsa, sejauh manakah kepentingan itu bergantung kepada krisis negara. Mengambil sudut pandang hubungan antarabangsa merupakan disiplin utama dalam tindakan sesebuah negara dan interaksi antara negara.

Secara faktanya, ia juga boleh disifatkan bagaimana sesetengah mereka mengambil alih sesebuah kawasan atau tempat yang sedang tiada kerajaan atau berlaku perang saudara ,huru-hara (anarki) yang mana masyarakatnya tidak lagi dikawal oleh kerajaan.

Demikian itu, peperangan menjadi kelaziman dalam struktur sistem dan keselamatan kuasa tertinggi dasar luar negara. Begitulah pentingnya pengukukan demokrasi negara yang mendorong kekuatan politik negara. Hilang dan jatuhnya kawalan kerajaan terhadap negara, menurut dasar polisi di atas, pihak berkuasa tentera adalah jalan terakhir bagi mengawal dan menyelia kedaulatan negara.

Selepas kerajaan Mesir jatuh, Mesir tidak mempunyai penguasa yang mengawal, tiada pelaksana undang-undang, perlembagaan negara dibatalkan, maka dengan serta merta kuasa tertinggi tentera mengambil alih bertujuan menjaga keselamatan negara dari ancaman keselamatan dalam mahupun luar. Negara kita Malaysia, Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM) bukan di bawah sepenuhnya bidang kuasa kerajaan persekutuan. Pemerintah tertinggi angkatan bersenjata persekutuan ialah KDYMM Sultan Yang-Dipertuan Agong seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan.

Negara juga difahami sebagai kedaulatan wilayah yang dikuasai, ia berkaitan juga dengan kerajaan, mengawal dan menjaga kedaulatan sempadan. Wilayah ini dikawal satu-satunya kerajaan, masyakarat yang tinggal di wilayah itu adalah rakyat negara tersebut, ia membawa maksud wujudnya ketaatan dan manfaat antara dua belah pihak.
Rakyat membayar cukai, jika kerajaan yang di wilayahnya itu bertanggungjawab atas kapasiti pemerintah, rakyat akan mendapat manfaat dengan pembinaan jalan, sekolah, keselamatan dalam negeri, pembangunan sosial, had pengangguran, hak pesara, kemajuan serta rakyat menikmati kekayaan negara.

Kerajaan

Kerajaan merupakan kuasa pentadbir undang-undang bagi segenap sempadan dalam negara. Seluas mana kedaulatan sempadan dan wilayah negara, seluas itu juga pentadbiran sesebuah kerajaan dalam memerintah dan menyelia wilayah masing-masing. Terdapat pelbagai jenis pentadbiran kerajaan yang dilaksanakan.
Demokrasi adalah sistem kerajaan yang majoritinya dikebanyakan negara mengamalkan sistem ini. Secara ringkasnya, ia melibatkkan sekurang-kurangnya dua parti politik perlu dipilih sebagai parti pemerintah.

Corak demokrasi negara bergantung kepada bagaimana kerajaan itu membentuk. Jalan pemerintahan melalui pemilihan parti adalah Pilihanraya, keputusan yang keluar adalah bergantung kepada jumlah pengundi. Parti yang mendapat jumlah undi terbanyak akan memerintah. Pemerintah boleh ditukar ganti dengan parti yang lain melalui sistem yang sama.

Malaysia, struktur pemerintahan kerajaan dibahagikan kepada beberapa bahagian, badan eksekutif, badan perundangan, dan badan kehakiman. Eksekutif terdiri daripada kabinet kerajaan, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Bahagian perundangan adalah parlimen. Parlimen adalah bahagian memproses, menggubal, meminda dan apa-apa yang berkaitan dengan perundangan. Terciptanya suatu akta dan undang-undang adalah bidang kuasa parlimen. Dibahagian ini, rakyat berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk mewakili suara mereka ke dewan parlimen.

Badan kehakiman, yang terdiri daripada struktur dan sistem kehakiman yang berkuasa penuh terhadap mahkamah. Bahagian-bahagian ini digelar sebagai sistem pengasingan kuasa. Seperti parlimen tidak berkuasa atas urusan mahkamah.

Image
[carta menunjukkan sistem pengasingan kuasa]

Monarki, kuasa mutlak beraja, dikawal kerajaannya oleh sebahagian golongan, seperti yang diamalkan di Arab Saudi oleh Sultan Abdullah bin Abdul aziz, Brunei oleh Sultan Hassanal Bolkiah, Qatar oleh Sultan Hamad bin Khalifa Al Thani, dan lain-lain lagi. Kuasa mereka adalah selaku ketua wilayah atau negara, juga selaku pemerintah kerajaan. Struktur sistem ini juga terdapat pelbagai konsep, seperti kuasa mutlak diraja seperti Arab Saudi, raja berperlembagaan, yang mana kuasa dan bidang kuasa raja menepati peruntukkan di dalam perlembagaan seperti yang diamalkan di Malaysia, United Kingdom, dan juga di negara komenwel yang lain. Terdapat juga, negara yang mengubah dari sistem mutlak diraja kepada sistem raja berperlembagaan seperti Morocco.

Image
[peta rajah sistem Monarki di seluruh dunia]

Merah- pemerintahan mutlak beraja
Oren- Pemerintahan Separa raja beperlembagaan
Hijau tua- Raja berperlembagaan
Hijau- Kommenwel (raja berperlembagaan)





Antara Tiga[3] Darjat : Akta, Enakmen Dan Ordinan

23 01 2012

Salam Bai’ah,

Sukalah saya nak berkongsi kepada pembaca sikit takrif dan
kefahaman secara umum berkenaan istilah undang-undang.

Istilah undang-undang seperti juga konsepnya istilah Fiqh yang terdapat di dalam pengajian syariah, iaitu ada maksud tertentu, ada huraian maksud yang tertentu, ada tafsiran yang mesti dirujuk secara tepat, dihafal dan difahami.

Apa itu Akta ?

Akta adalah  ungkapan asing yang dari perkataan
iaitu ‘act’ yang bermaksud akta.

Di Malaysia, akta bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna
pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat [parlimen].

Apa itu Enakmen ?

Enakmen bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda dan dibahas didalam Dewan Undangan Negeri [DUN] pada  negeri-negeri semenanjung serta sabah selepas kemerdekaan yang dibuat oleh masing-masing.

Apa itu Ordinan ?

Ordinan bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda, dan dibahas yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri [DUN] Sarawak,
serta Sabah pada sebelum kemerdekaan.

sekian,

halis fansuri





Sembang-Sembang Mengundi Di Luar Negara

22 01 2012

Salam Bai’ah,

Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal dengan akta pilihanraya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ). Ikuti perbualan di bawah.

Eh! pilihanraya pun ada akta ? ya. bagi memastikan setiap gerak kerja pilihanraya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar, sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Secara asasnya, setiap pendakwaan itu mesti terikat di bawah peruntukan mana-mana akta. Jika tiba-tiba polis datang gari tangan kamu nak nak di bawa ke balai, kamu boleh bertanya ditahan untuk apa dan di bawah akta mana ?

Apa fungsi akta pilihanraya ini ?

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:

  • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
  • Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981
  • Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
  • Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003

Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.

Kenapa terlalu banyak akta pilihanraya ni ?

bukan banyak, tapi mengikut sususan selepas digubal dan dipinda.

Siapa yang layak mengundi ?

Mereka yang layak mengundi ialah, :

1- Seorang warganegara Malaysia

2- Telah mencapai umur 21 tahun.

3-Bermastautin di bahagian pilihanraya yang ingin didaftarkan.

4-Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Maksudnya, saya sekarang umur 22 tahun, kira boleh pergi terus mengundi di tempat saya ?

Tidak boleh. kamu kena daftar dahulu di sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Untuk panduan, sila ke laman ini.

Oooo gitu, maksudnya kena pergi berdaftar dulu la yek, kalau saya duduk di luar negara macam mana yek ?

Begini, daftar pemilih ada kategori dia. Ada daftar pemilih biasa, dan ada daftar pemilih Pengundi Tidak Hadir (PTH).

daftar pemilih biasa mereka yang cukup syarat sebagai pengundi dan daftar untuk menjadi pengundi.

PTH pula untuk mereka tidak ada di tempat mengundi tetapi nak mengundi. contoh mereka yang berada di luar negara. Undi akan di Pos, atau maklum dengan Undi Pos.

Maksudnya, saya kena jadi PTH baru boleh mengundi ?

Ya. dan mereka yang sebelum ni tidak pernah daftar sebagai pengundi, kena daftar dahulu sebagai pengundi dan baru boleh daftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

Saya sekarang di luar negara, nak daftar dengan siapa,  dan macam mana teknikal dia..macam mana ni..tolongla2x..?

sabar sabar, bawa bertenang. SPR telah mengeluarkan kenyataan rasmi di web mereka bahawa mereka telah melantik setiap perwakilan di luar negara untuk menguruskan pendaftaran pengundi di luar negara. Wakil di sini maksud dia Kedutaan, konsulat rasmi, pesuruhjaya tinggi dan sewaktu dengannya.

teknikal dia, isi Borang A dan Maklumat Tambahan, bawa kad pengenalan dan pergi sendiri di pejabat kedutaan. Setiap perwakilan di luar negara bertanggungjawab untuk menguruskan PTH.

Dokumen apa yang perlu saya bawa ?

fotostat depan belakang Kad pengenalan, fotostat depan belakang pasport, fotostat depan belakang visa. isi borang A dan maklumat tambahan, fotostat kad pelajar (bukti selaku pelajar sepenuh masa di luar negara).

Isteri saya menetap di sini sementara tunggu saya habis belajar, boleh tak dia jadi PTH ?

Ya boleh. Isteri kepada pelajar sepenuh masa atau kakitangan kerajaan yang berada di luar negara boleh untuk berdaftar sebagai PTH.

Saya pernah daftar sebagai pengundi dah sah sebagai pemilih masa di Malaysia dulu, kira boleh terus mengundi di luar negara ?

Walaupun nama sah sebagai pemilih, anda tetap TIDAK BOLEH mengundi di luar negara selagi tidak berdaftar sebagai PTH.

Berapa lama ambil masa untuk pengesahan selaku pemilih?

Kebiasaan 3 atau 4 bulan mengambil masa. proses dia mengikut suku tahun.

suku pertama : Januari-Mac

suku kedua : April-Jun

suku ketiga : Julai-September

suku keempat : Oktober-Disember

jadi, daftar segera sebelum terlambat. “daftarlah..jangan tido.”

Di tempat saya belajar sekarang ni, tidak ada sebarang iklan mengenai maklumat PTH ini pun ?

No komen. SPR telah menyatakan bahawa perwakilan untuk menguruskan hal tersebut telah dilantik, lampiran perwakilan mengikut negara boleh lihat di sini.

Boleh tak selepas saya daftar di luar negara ni, kemudian pilihanraya seterusnya saya terus pergi mengundi di Malaysia bila dah pulang nanti?

Tidak boleh. selepas daftar PTH di luar negara. Nanti pulang ke Malaysia kena tukar dahulu kepada pemilih biasa.

Saya dah nak pulang ke Malaysi ni, dan rasanya tak sempat nak mengundi di luar negara, apa saya perlu buat ?

Sebaiknya, kalau tak sempat untuk daftar PTH sekali pun, buat urusan Daftar Pemilih sahaja. sekurang-kurangnya, nanti bila pulang boleh terus mengundi jika sempat.

Masa saya nak daftar nanti, saya boleh pilih untuk mengundi di bahagian pilihanraya mana-mana ?

Tidak boleh. bahagian pilihanraya mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalan.

-soalan tamat-

halis fansuri





Kenyataan Rasmi SPR Berkenaan Pengundian Di Luar Negara

22 01 2012

 

PENDAFTARAN PEMILIH BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA 

Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) .
MUAT TURUN BORANG A dan LAMPIRAN MAKLUMAT TAMBAHAN

Ia tertakluk kepada jika mereka adalah daripada kalangan berikut:

(a) penjawat awam  yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(b) pasangan kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak;

(c) pelajar yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak; atau

(d) pasangan kepada yang sedang belajar sepenuh masa di mana-mana universiti, maktab latihan atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di luar sempadan Semenanjung Malaysia atau Sabah atau Sarawak.

Walau bagaimanapun bagi mana-mana warganegara Malaysia yang berada di luar negara tetapi tidak layak untuk mendaftar sebagai PTH masih boleh mendaftar sebagai pengundi biasa. Bagi tujuan membantu SPR dalam urusan pendaftaran pemilih di luar negara ini, SPR telah melantik Penolong Pendaftar Pemilih di semua pejabat perwakilan Malaysia di luar negara. Semua warganegara Malaysia yang berada di luar negara yang hendak mendaftar sebagai PTH atau pengundi biasa boleh mengemukakan permohonan pendaftaran melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang telah dilantik.Untuk memberi kemudahan pendaftaran kepada semua warganegara Malaysia di luar negara yang termasuk para pelajar yang tinggal jauh daripada pejabat perwakilan Malaysia untuk mendaftar sebagai pemilih, SPR menyediakan kemudahan untuk memuat turun  Borang A (Borang Pendaftaran Pemilih) dan  Lampiran Maklumat Tambahan (alamat dan status di luar negara) daripada laman web SPR.

Borang A dan Lampiran Maklumat ini hendaklah diisi dan disertakan dengan salinan MyKad atau salinan pasport antarabangsa dan salinan kad  pelajar dan dihantar kepada Penolong Pendaftar Pemilih ini melalui pos, faks atau e-mel kepada Penolong Pendaftar Pemilih di pejabat perwakilan yang berkenaan.

Penolong Pendaftar Pemilih yang telah menerima Borang A serta dokumen yang disertakan akan menghantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Setiausaha SPR 

*Akses dari laman rasmi SPR. klik sini.





Eja Masa Pun Tak Betul Lagi

10 01 2012

Salam Bai’ah,

| V | Kaedah penulisan masa dengan betul :

7.00 am (kurang tepat) – kaedah tepat = 7:00 AM  ( simbol titik nokhtah bertindih ‘ : ‘  dan  ‘AM ‘ ).

jika kaedah masa 12 jam. mesti meletakkan AM atau PM. seperti 8:00 PM.
dengan menggunakan kaedah masa 24 jam. TIDAK PERLU meletakkan AM atau PM seperti 22:00.

AM ditentukan masa pada jam 12:00 AM hingga 12:00 PM.
PM ditentukan masa pada jam 12:00 PM hingga 12:00 AM.

AM dan PM adalah bahasa Latin.
AM (ante meridiem) membawa maksud sebelum siang. (midnight)
PM (post meridiem) selepas waktu siang. (noon)

jangan salah lagi bila menulis.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 213 other followers